BIODATA

20160514_093243

Nama: Mohd Faisal Bin Mustaffa

Penulis dilahirkan di Kampung Sungai Dua, Alor Janggus, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Menetap di Felda Bukit Tangga, Changlun, Kedah. Mendapat pendidikan awal di SK Felda Bukit Tangga, kemudiannya meneruskan pendidikan menengah di SMK Agama Kedah dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Seterusnya melanjutkan pengajian di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam jurusan Syariah dan Undang-undang dan Sarjana Sains Kaunseling di Universiti Utara Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian diperingkat PhD di UUM. Selain itu, penulis sempat menghabiskan masa setahun menuntut ilmu perubatan Islam bersama dengan Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din di Pusat Perubatan Islam Darus Syifa dan diijazahkan pada bulan Disember 2009.

Pernah berkhidmat bersama perunding latihan Fitrah Perkasa Sdn Bhd dibawah Ust Pahrol Md Juoi (2009-2010) dan di Universiti Utara Malaysia  (Mei 2010- Januari 2012).

Kini merupakan Pengurus Besar, Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia, Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Email: ustfaisal@gmail.com


5 Responses to BIODATA

  1. ramadan berkata:

    x sangka rupanya abg faisal ex-smkak…..
    dunia ni kecik je kan..kami pon penah study kat situ….
    lupa nk knlkn diri,kami student sains kubang pasu..:)

    wassalamualaikum

  2. Faisal Mustaffa berkata:

    Oic..Keluar ke SMS Sains ya. Hehe

  3. firdaus berkata:

    saya pulak ex-smkas……salam ukhwah

  4. Maimunah berkata:

    Saya, insan kerdil di Sg. Dua, Felda Bukit Tangga pula menjadi tempat persinggahan tetap dan tak dapat lari dari lalu lalang di UUM. Salam ukhwah. Saya sentiasa mengikuti ustaz. Selamat Maju Jaya.

    Wassalam

  5. Assqlamualaikun. Saya baru nk menyertai blog saudara. Mohon restu saya menjejaki setiap tinta yg anda karang. Terima kasih.

Tinggalkan komen