Sebaik selesai menyampaikan ceramah Nuzul Al-Quran bersama Bar Council cawangan Kedah dan Perlis saya bergegas pulang ke rumah untuk membawa emak dan ayah pulang ke kampung. Di kesempatan yang ringkas itu saya sempat membuka email buat seketika. Satu demi satu email dibaca, sehingga tiba kepada email yang menceritakan keluhan hati seorang isteri berkenaan dengan suaminya yang berpoligami.
Seringkali saya menerima email ataupun luahan daripada isteri yang dimadukan oleh suami mereka. Namun begitu jarang sekali saya membalas email-email tersebut kerana kesuntukkan masa. Tetapi untuk kali ini saya cuba gagahi juga menyelami permasalahan berkenaan poligami ini. Mungkin cetusan ini tidak mampu menyelesaikan masalah yang timbul, tetapi sekurang-kurangnya memberi sedikit pedoman buat mereka yang mengalaminya.
Sebagai seorang muslim saya tetap bersetuju dengan hukum berpoligami yang dibolehkan dalam Islam. Asalkan lelaki yang ingin berpoligami itu cukup syaratnya dan berkemampuan. Poligami dihalalkan oleh Allah SWT, maka tidak layak untuk kita mengatakan bahawa ianya “salah” kerana ianya bersalahan dengan ketentuan Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa ayat 3 :
Maksudnya : Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Wanita Sukar Menerima Poligami
Walaupun madu itu dianggap manis, tetapi madu dalam istilah berpoligami meninggalkan kesan pahit pada diri seorang wanita yang bergelar isteri. Ada yang redha dengan perkara tersebut, dan ada juga yang sukar menerima hakikat bahawa dirinya dimadukan.
Hanya wanita yang benar-benar teguh hatinya sahaja mampu membenarkan suaminya beristeri lebih daripada satu. Daripada 100 orang wanita, cukup bertuah sekiranya ada seorang wanita yang rela dirinya dimadukan. Bahkan ada yang menganggap bermadu itu lebih pahit daripada hempedu.
Golongan wanita mempunyai perasaan lembut dan halus. Mereka sukar untuk menerima hakikat bahawa kasih sayang yang diperolehi daripada seorang suami selama ini terpaksa dikongsi dengan wanita lain. Bahkan lebih daripada itu, ada sebahagian wanita yang mengadu bahawa mereka telah mengorbankan kerjaya mereka semata-mata untuk membesarkan anak-anak, tetapi pengorbanan tersebut seperti tidak dihargai oleh pasangan mereka.
Dendam Bersalut Dosa
Lebih menyayat hati apabila ada segelintir wanita yang dimadukan oleh suami bertindak diluar batas-batas keagamaan. Tanpa berfikir panjang, ada yang mengambil jalan mudah untuk memuaskan hati mereka dengan melakukan penzinaan bersama lelaki lain semata-mata mahu membalas dendam terhadap suami mereka. Kerana dendam mereka dimadukan, sengaja mereka bermadu asmara dengan lelaki yang haram ke atas diri mereka.
Sesetengah dalam kalangan mereka merasakan dengan tindakan tersebut mereka berjaya memuaskan hati yang sedang terluka, namun begitu anggapan mereka salah. Ini kerana suami mereka “bersama’ dengan isterinya yang halal disisi Allah, tetapi mereka “bersama’ dengan lelaki yang haram ke atas diri mereka.
Tindakan atas dasar membalas dendam ini adalah bisikan-bisikan daripada syaitan untuk merosakkan nasab anak Adam. Mereka bukan sahaja hilang kehormatan didunia, bahkan diakhirat dilaknat oleh Allah SWT. Sekiranya merujuk kepada hukum Islam sekalipun, mereka selayaknya direjam dengan batu sehingga mati.
Pengakuan Membawa Kepada Perceraian
Ada yang membuat pengakuan bahawa mereka menyesal selepas melakukan perbuatan terkutuk ini, tetapi seperti kata pepatah melayu sesal kemudian tiada gunanya. Terdapat segelintir pasangan isteri yang menceritakan peristiwa ini kepada suaminya atas perasaan bersalah ingin memohon kemaafan, akhirnya mereka menerima hadiah “penceraian” daripada suami mereka. Agak sukar sebenarnya bagi seorang suami untuk menerima hakikat bahawa isterinya telah berzina dengan lelaki lain. Inilah bahana apabila sudah terlanjur.
Rumah tangga yang dibina dengan mengharapkan kebahagiaan, akhirnya terburai ditengah jalan. Suami yang berpoligami tanpa dicelahi dosa mendapat kebahagian, manakala isteri yang sudah terpalit dengan dosa atas pilihan dirinya sendiri akhirnya mendapat kesengsaraan. Suami yang adil dengan mudah berjalan masuk ke syurga, tetapi isteri yang bertindak mengikut emosi dicampakkan ke dalam neraka.
Sabar dan Redha Itu Lebih Baik
Sabar dan Redha merupakan kalimah yang cukup mudah disebut, tetapi amat berat untuk melaksanakannya. Namun begitu, inilah sebaik-baik jalan yang harus dipilih oleh isteri-isteri yang telah dimadukan.
Sabar itu tinggi darjatnya. Bahkan Allah SWT turut bersama-sama dengan hamba-Nya yang sabar menghadapi ujian. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 153 :
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan tunaikanlah solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”
Dengan sabar seorang isteri itu diangkat darjatnya oleh Allah SWT. Mereka bukan sahaja dimuliakan oleh Allah SWT di dunia, tetapi diakhirat juga mereka akan diangkat darjatnya oleh Allah SWT.
Sabar Dari Membalas Dendam
Antara sabar yang harus ada pada pasangan yang dimadukan ini adalah sabar daripada membalas dendam kepada suami mereka. Andai suami pulang ke rumah, usahlah dihalau dengan penyapu tetapi terimalah dengan senyuman kasih sayang.
Walaupun mungkin ada terniat dihati untuk membalas dendam dengan memboikot kehadiran suami, namun begitu tindakan begitu hanya mendatangkan murka disisi Allah SWT. Mungkin isteri akan berasa puas apabila berjaya untuk tidak mengendahkan suaminya, namun begitu diakhirat nanti sudah tentu mereka akan dicela oleh Allah SWT.
Biarlah didunia menerima sedikit kedukaan, tetapi yakinlah di atas kesabaran ini Allah akan mengurniakan seribu kegembiraan. Di sinilah perlunya wanita berfikiran secara waras dalam melaksanakan tindak tanduk mereka apabila berhadapan dengan masalah dimadukan. Andainya suami seorang yang adil dan berkemampuan, terima hakikat dengan redha.
Pesan saya buat akhirnya, terimalah takdir hidup ini dengan redha. Yakinlah bahawa dengan sedikit kesedihan ini Allah ingin mengurniakan lebih banyak kebaikkan kepada golongan isteri-isteri yang telah dipoligami dimasa depan. Mungkin tidak nampak dengan mata, tetapi mata hati mampu membuka tabir ini sekiranya hati terus disuburkan dengan iman.
mmg berat mghadapinya, serahkan diri kpda allah,yakin ini ujian yg d bgi,andai kta ingin meluah,menangis,menangislah di hdapan allah, allah maha mendengar,maha mengetahui,insyaalah kekuatan jiwa,jalan keluar ttp ada….yang penting jgn putus asa dari rahmatnya,
saya setuju dgn pndgan anda, mencari keredhaan Allah bukanlah sesuatu yg mudah, malah maharnya menjadi makin tinggi, tapi saya yakin Allah s.w.t. Maha Mengetahui keatas hambaNya malah sangat menyayangi hambaNya. siapalah kita utk mengatakan hukum Allah s.w.t. itu salah sedangkan Allah s.w.t. lg mengetahui? cinta kepada Allah lah jua yang akan kita cari, cinta kepada suami adalah kunci ke syurga..kunci menuju Allah s.w.t..jalan menuju syurga itu pula bukanlah mudah kerana perjalanannya penuh dgn duri, onak dan ranjau..dan Allah s.w.t. itu Maha Melihat akan pengorbanan hamba2Nya..pasti kasih dan sayang Allah s.w.t. akan bertambah keatas kita..bukankah itu juga keinginan kita yang utama..?
memperoleh cinta Allah s.w.t..cinta teragung…
mustahillah hati seorang isteri tidak tersentap wlwpun tujuan dia brkahwin dgn suaminya adalah bg memperoleh keredhaan Allah s.w.t., akan timbul juga prasaan sedih, dan pelbagai sgkaan buruk juga akan timbul dlm benak fikirannya hasil cucukan iblis dan syaitan, namun pasti dia percaya cinta Allah s.w.t. itu lg manis, dan kemanisan cinta Allah s.w.t. itu akan membuatkan hatinya tenang..dan dapat menerima hakikat suaminya bukanlah miliknya tetapi adalah milik Allah s.w.t..dugaan selepas bermadu itu biarlah Allah s.w.t yang uruskan, sesungguhnya Allah s.w.t. adalah sebaik-baik PENGADIL..
Allah s.w.t. tidak akan menguji hambaNya, melainkan mengikut tahap kemampuan hambaNya..
ada juga suami berpoligami kerana terlanjur dan berzina. adakah dgn cara itu isteri harus tunduk menerimanya,tetap menghormati suami dan membenarkan perkahwinan ke2 sedangkan suami itu sendiri yg melanggar perintah Allah.adakah isteri tiada hak untuk tentukan hidup sendiri.perlu diingat mengikut hukum Allah(hudud),tak le sempat lelaki itu nak kahwin lagi sebab dah mati kena rejam.kenapa para ulama atau ustad x akui hukum
allah ini.mengapa dlm poligami wanita yg menentang keras suami berpoligami di hentam cukup2,diingatkan bersabar,ketentuan Allah dan sebagainya.cuba di renungkan kenapa bab poligami sahaja yg ditegakkan oleh pihak tertentu.di sini menampakkan tiada keadilan.maksud sy, org berzina direjam maka x lahirnya benih yg x berkualitiyg.wajib ke dosa suami dgn org lain isteri yg menanggung.seperti poligami dibenarkan dalam islam mengapa hukum hudud di pinggirkan.sekiranya hukum hudud dilaksanakan dlm negara ini maka xada gejala sosial,xkan ada istilah isteri / suami curang
Allah sekeras2 meletakkkan hukum kpd penzina.mengapa manusia itu sendiri x mengikutnya.malah poligami yang suci dicemari oleh penzina melalui perkahwinan.sebab itu ramai wanita isteri 1 merasa x keadilan.renungkanlah hukum Allah memang keras.seandai tidak dilaksanakan manusia umpama binatang termasuk suami begini
Satu artikel yg memberi peringatan besar buat isteri…. Izinkan saya berkongsi pandangan.
Di samping itu, suami juga perlu diingatkan bahawa memungkiri janjinya selama ini untuk setianya dia kepada isteri itu juga satu dosa, kerana janji-janji itu bukan satu perkara yang akan terbiar percuma, tetapi akan dituntut jua di hadapan Allah. Adakah Allah akan redha kepada orang yang menyakiti hati isterinya tanpa sebab? Rasulullah SAW sendiri malarang Saidina Ali daripada berkahwin lagi (berpologami), kerana perkara itu akan menyakitkan hati Saidatina Fatimah. Ye ustaz, saya bukan menolak poligami secara membuta tuli, tetapi saya menentang pandangan yang menyokong poligami secara membuta tuli. Kenyataan ini utk umum, sebab ada golongan yg mengeksploitasikan agama utk nafsu sendiri…..
Benar…. hikmah disebalik kejadian yang harus dan terpaksa kita terima adalah lebih banyak lagi dari ALLAH melebihi apa sahaja yang boleh kita sangkakan.. sesungguhnya ALLAH maha mengetahui..
Ass. Wr. Wb. saya numpang sedikit komen buat para suami yang berpoligami dan wanita/istri yang tidak setuju hal poligami.
1. Buat para suami yang berpoligami :
– Jangan jadikan poligami sebagai kesenangan dan untuk mengumbar nafsu setan belaka.
– Bila suami tidak bisa berbuat adil terhadap istri-istrinya maka azab Allah telah menunggu;
– Maksud yang tersirat dalan Surat An-Nisa ayat 3 tsb diatas mempunyai arti khusus jangan ditafsirkan secara umum;
2. Buat wanita/istri yang tidak setuju poligami :
– Tidak seharusnya istri membalas dendam dengan berzina;
– Takdir wanita memang tidak boleh bersuami lebih dari satu orang (poliandri);
– Bila istri tidak setuju suami kawin lagi maka tempuhlah jalur hukum yang berlaku;
– Jangan biarkan suami anda berkeliaran tak karuan perhatikanlah ia tanpa batas maka suami anda takkan mungkin berpaling pada wanita lain (mengerti maksudku kan?)
hidup ini memang banyak yang tidak adil dari yang adil..yang tidak adil itu mestilah manusia..sabar lah walaupun pahit..tekadkan dalam hati hidup ni sekejap aje..akhirat nanti yang lama..sabarlah sedikit lagi untuk masa yang tinggal sedikit sambil mohon pada Allah supaya diberi kekuatan seterusnya..
Salam.. Harapnya, tidak lah ada yg marah dgn pandangan saya ini.. Saya ni pun, bukannya pandai sgt bab2 agama ini, setakat basic tu, tahu lah.. Saya ini seorang wanita, tidaklah saya ni tergila2kan nak berpoligami. Saya berada di tengah2, menentang tidak, menyokong pun tidak.. Tetapi saya terima isu soal poligami ini dgn hati yg terbuka.. Bagi saya, ini lah yg dinamakan kehidupan.. Kehidupan tidak akan lengkap tanpa dugaan dari Allah yg menjadikan kita. Kalau kita diduga melalui poligami, seharusnya kita terima dugaan itu. Pokok pangkalnya, kita harus menerima apa sahaja yg ditakdirkan Allah dlm kehidupan kita.. Tiada pilihan nak itu, nak ini.. Yang cuma boleh kita lakukan ialah berdoa.. Tapi kebanyakan komen dari wanita di sini, terutamanya yg menentang poligami ni, seakan2 terlupa, yg ini semua dugaan yg datangnya dari Allah.. jangan dipersoalkan dugaan Allah.. kita sebagai hamba sepatutnya terima saja tanpa menpersoalkan apa Allah nak beri, apa Allah nak tarik.. Mempersoalkan hukum dunia berzina, soal berjanji dgn manusia semua tu, bagi saya, seperti mempersoalkan takdir Allah.. Kita ni boleh berjanji mcm2, tapi hanya Allah sahaja yg tahu samada akhirnya janji tersebut tertunai sepenuhnya ke tidak.. Kepada yg berjanji, fikir dulu sebelum berjanji, samada boleh tunaikan ke atau tidak, kerana kita tidak tahu apa yg bakal berlaku even 1 saat dari sekarang.. kepada yg dijanjikan tu, patut ingat, kita hanya merancang, Allah jua lah yg menentukannya.. kalau dijanjikan bulan sekalipun, ingatkan balik pada yg berjanji tu, betapa beratnya janji tersebut.. Kalau kita semua tahu apa yg bakal terjadi kepada diri masing2, bukan itu tujuannya bagi Allah menjadikan kita ni di dunia ini.. Janganlah terlalu mementingkan perasaan.. Org selalu kata, ikut rasa binasa, kan.. Kalau nak diikutkan, even hati kita ni tak boleh nak merungut apa2 pun yg Allah berikan samada yg baik atau tidak.. inikan pulak bibir (bila berkata-kata) atau jari-jemari (bila menaip mengutuk melepas isi hati kat tenet).. Mmg mudah utk saya berkata atau berfikiran begini kerana saya tidak melaluinya, tetapi andaikata ditakdirkan saya diduga dgn isu poligami atau suami curang, insyaAllah, saya terbuka hati menangani isu ini.. kerana saya sentiasa tanamkan dlm diri ini, saya ni hamba Allah, Allah berhak menduga apa pun kepada saya.. Yg penting, kena ikhlaskan hati menerima takdir dan ketentuan Allah.. Dan saya selalu berckp dlm hati, Ya Allah, ikhlaskan diriku dan hatiku ini menerima takdir mu.. so far, Alhamdulillah.. bukan nak riak atau nak membangga diri.. ini sekadar berkongsi peringatan, utk semua dan diri sendiri..
Terima kasih atas artikel yg amat bermakna buat saya. Sedikit soalan utk merungkai permasalahan rumahtangga saya ustaz..
1. Bagaimana jika suami saya ingin mengahwini bekas kekasihnya sedangkan perempuan itu adalah isteri org? Perlukah saya merelakan suami yg saya sayangi meneruskan usahanya, dan membiarkan masjid org lain musnah?
2. Suami mohon izin saya utk mengahwini perempuan itu, saya terpaksa izinkan; saya tiada pilihan kerana suami tidak akan berpisah dgn saya walau apa jua berlaku. Saya amat kecewa dan perasaan saya hanya Allah shj yg tahu.
3. Hubungan mereka masih terjalin dan saya hanya menanti saat perempuan itu menjandi janda kerana suami saya telah memberi harapan kpd perempuan itu utk kembali ke sisinya spt 15 tahun lalu. Perempuan itu sedang berusaha bercerai dgn suaminya dan kembali ke pangkuan bekas kekasihnya walaupun dia mempunyai 3 org anak sekarang?
Saya terus bersabar dan berdoa semoga suami saya dibimbing ke jalan yg diredhai allah. Buat masa ini saya masih mampu bertahan demi rumahtangga dan anak2 saya. Saya teruskan t/jawab saya sbg isteri: setia dan taat pd suami. Saya sentiasa berdoa dan berserah kpd allah, mohon kebahagian utk saya dan anak2 dunia akhirat.
Ada ramai juga wanita mendapat suami baik dan setia, tapi jatuh sakit kronik pula. Ada suami yang baik dan setia tapi miskin tak berduit sampai hidup melarat pula (tengok rancangan Bersamamu). Ada suami baik dan setia, sihat dan kaya tapi masalah dengan anak-anak pula, anak sakit tenat, anak terlibat gejala sosial, anak derhaka tak ingat mak bapak…Ada keluarga bahagia, suami ok, anak-anak semua ok, masalah dengan mertua ipar duai pula…dan ada wanita yang eveything about her family life was perfect, but problem kat tempat kerja pula, tekanan kerja, krisis dengan bos dan rakan sekerja…itu belum lagi wanita yang dapat penyakit kronik, macam kanser tahap 4 dan tunggu masa nak mati saja…langsung tak dapat berkhidmat untuk suami dan anak-anak sebab dah sakit, suami setia dan baik tapi kita pula yang sakit tenat……
Itu kalau yang kahwin. Wanita yang tak kahwin? Pernah terfikir kesunyian, kesedihan dan penderitaan wanita andartu…bila usia mencecah warga emas, dah jadi yatim piatu, anak takde, suami pun takde….sebatang kara tua kerepot…mungkin kena habiskan usia di rumah orang-orang tua sebab tak de sapa nak jaga…wallahualam.
Hidup ni takkan sempurna, pasti ada ujian setiap masa…to yang berpoligami, ini ujian kalian, kepada yang diuji dengan sakit dan sebagainya…tabahlah…dan tempuhlah hidup yang sementara ini sambil itu bayangkanlah syurga nan indah lagi kekal abadi…ubatilah hati dengan dengan memperbanyakkan ibadah…
Saya pun tak tau nasib saya macamana di masa depan. Tapi saya yakin, berkeluarga atau bersendirian, Allah itu ada bersama kita. Yakinlah!
salam…saya adalah salah seorang wanita dimadukan…saya faham dan maklum tentang hukum berpoligami…hukum dan ujian adalah milik Allah swt yang mutlak. Siapa kita untuk menentang dan menolak poligami. Redha adalah satu perkara lain. Bertahan satu pekara lain. Bisikan iblis dan syaitan akan datang dari setiap arah. Bukan mudah untuk bertahan dengan hati yang benar-benar ikhlas.
Memang banyak perkara yang teruji dalam hidup bermadu. Saya sendiri tak tahu sampai bila saya mampu bertahan dengan cabaran-cabarannya.
Suami saya bukanlah seorang yang mampu memberi nafkah, malah selama ini sayalah yang memberi nafkah kepada anak2. Saya pujuk hati dengan berkata…Allah Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui. Dahla tak mampu dari segi wang ringgit tetapi dari segi giliran bermalam pun tidak adil. Saya isteri pertama. Diceraikan dahulu sebelum dimadukan. Takpelah, demi anak2 saya kahwin semula. Ramai orang marah tapi saya tekad juga kahwin semula dengan suami. Bagi peluang konon. Saya nak berbuat baik dengan madu, tetapi tak taula…salah saya dimana. Kadang-kadang rasa macam ada yang tak kena. Biar ajela. Saya berkata pada diri, biarla orang nak buat apa pun, jangan kita buat jahat pada orang.
Ringan je kaki ni nak pergi ke pejabat agama menuntut cerai sebab ketidak adilan suami. Tapi belum lagilah nak pergi. Masih memberi peluang. Saya pun tidaklah berminat sangat nak berebut-rebut memenangi hati suami. Takdak hati. Tak tau lah. Saya berserah pada Allah semata-mata.
Untuk Umi, boleh Umi tinggalkan email dialamat saya… saya ingin mendengar bagaimana Umi menempohnya.. Mungkin akan terjadi pada saya dimasa terdekat ini, akan kerana bayang bayangnya telah ada… Ekonomi suami saya seperti Umi…
Kak Long, terima kasih di atas peringatan tersebut.. sebagai seorang yg sudah lewat usia tapi masih belum berumahtangga, (tak syiok nak sebut andartu or andalusia.. haha) saya pun kekadang terfikir skrg ni, kena kerja kuat kumpul duit utk preparation duduk di rumah org tua2.. tapi saya pernah terbaca tulisan seorang ustaz (tak ingat siapa, tapi rasanya Ustaz Pahrol kot), jangan terlalu berfikir tentang apa yg belum terjadi (something like that lah).. saya pun yakin mcm kak long yakin, berkeluarga atau bersendirian, Allah tetap bersama kita.. 🙂
walaupun siapa pun kita….di mana pun kita ….pohonlah redha Allah..tetapkan iman di dada…
slm….
Kita hnya mmpu brncng tetapi penghujungnya telah ditetapkan oleh yg maha esa….. So mahu x mahu kita trpksa redha dengan ktntuan dan laluan khdupan msng2. Selagi kita hidup selagi itu kita akn diuji….. Brsbrlah wahai kaum yg sdng diuji…..
Salam,saya juga merupakan wanita yang dimadukan.saya merupakan isteri kedua yang sentiasa ditinggalkan.Nafkah anak memang ada suami bagi tapi hanya sedikit.bkn saya x bersyukur tapi dia bagi pn selepas puas saya memintanya.Mujurlah saya merupakan seorang penjawat awam.Dulu saya selalu jadi bahan cacian isteri pertamanya.saya cuba untuk berbaik dgnya,tapi dia x berminat.sampaikan sewaktu saya sarat mengandung,dia berkata saya xakn boleh bersalin selagi dia xtrima saya.Oh Tuhan,wktu tu hanya Allah je yang tahu perasaan saya.
ustaz… saya baru sahaja d madukan oleh suami…saya belum boleh terima sepenuhnya…kerana pada mulanya saya di tipu hidup2..kononnya sumpi pergi overtime..tapi sebaliknya..hingga terlanjur dengan gf (skg ni madu saya). saya sangat sakit hati..tapi apakan daya..saya hanya mampu berdiam diri…tia tempat untuk saya mengadu…keluarga suami tidak mengetahui yang anaknya telah berkahwin lagi..yg tahu hanya saya seorang…..dlm masa belum sebulan ini…saya boleh terima yg dia akan tidur di rumah madu saya… tapi kandang kala saya berasa sanagt berat untuk menerima perubahan ini… redha dengan kehendaknya….mungkin ada hikmah disebaliknya…tapi macam mana mau menerima sepenuhnya……tolongla…kadang saya tidak sanggup dengan semua ni….ya allah
Sejuk ht … Slalu iringi ht dg ksabaran. Sabar dn ikhlas…
Saya adalah salah seorang isteri yg sedang di uji dengan isu poligami ini. Suami kawin wanita Indon selepas bersekedudukan selama satu setengah tahun. Bila saya dpt tahu, diorg mmg dah merancang nk kawin. W/pun di tentang oleh semua ahli keluarga, suami tetap kawin jugak dgn wanita Indon tersebut di Indonesia ( kahwin koboi), semua diuruskan oleh keluarga wanita tersebut yg mata duitan.
Skrg dh lebih 3 bln diorg kahwin dan dlm masa ini perkahwinan saya di ambang keretakan.. Menunggu nk roboh jer! Hanya Allah jer yg tahu betapa saya cuba bertahan dgn semua ini..mcm2 cara yg saya buat utk mempertahankan perkahwinan ini tetapi segala2nya gagal sbb suami terlalu obses sgt dgn isteri baru dia. Saya pergi dptkan bantuan ustaz utk memulihkan suami kerana ustaz beritahu yg suami saya dah terkena “ilmu pengasih”.
Suami tak nk ceraikan saya sampai ke mati, katanya. Saya buntu skrg sbb saya tak mahu kasih saya pd suami bertukar menjadi benci semakin saya cuba utk mengharungi hidup bermadu. Dan utk pengetahuan semua, kewangan suami dan bisnes semakin jatuh sejak dia kenal wanita tsb. Saya takut jika suami bangkrap satu hari nanti, ia akan menjejaskan masa depan anak2 saya yg seramai 4 org ni. Saya berfikir utk tuntut fasakh or taklik kerana saya tak nk selamanya menanggung dosa kerana membenci suami.
ppuan ni jenis pentingkan diri..ckp besar..selalu mengata ego lelaki besar tp secara purata keegoan ppuan lg tinggi berbanding lelaki..nk tahu knpe??cuba tngok ni..bila lelaki nk bakal isteri yg masih dara..ramai ppuan mencela mengatakan mcm2 smpai kuar bermcm2 hadis n sunnah tuk memaksa ppuan yg terlanjur..bengang x bengang la kan..tp bile bb laki nk kwen lg 1..ppuan tu sendiri membelakangkan agama smpai sanggup mintak cerai xbg laki kwen lagi 1..kan laki dibenarkan kwen 4..ape hak korg sebagai ppuan nk halang??ape korg lbeh rela masuk neraka dr msuk syurga ke??itu la..lain kali ade mulut dijaga..jgn nk suke2 pakse laki kwen ngan ppuan terlanjur..itu hak mereka..korg xde hak pn nk pakse2..sekarang terkena batang hidung sendiri laki nk kwen lg 1..adil kan
sy tak tahan suami ada gf lain….dah pegi komplain dengan majikan suami dan keluarga. Akhitnya, suami duduk rumah xde keje.
kalu camtu, suami dah xboleh cari gf dan gf tu pun nak duit jer kan…
bile terjadi cam ni,sbb kt terlalu sygkan suami sampai lupa allah yg spatutnya kt cinta dan syg..
Redha itu je kuncinye..sy mula2 xthu suami sy dh ade isteri sbb die mati2 bgtau die duda n siap bg surat mati wife die..lps 3 bln kwin,die cite die dh de bini.die xnk bgtau sbb tkut sy xleh terima.mula2 dpt thu sedih jgk n gduh tp lama2 leh terima sbb xsggup bpisah ngn suami..skg sy hnya redha n byk2 bdoa utk rumahtgga ni..