“ANA dah dapat jumpa calon isteri,” beritahu rakan sepejabat saya pada suatu hari.
“Alhamdulillah. Bila berlangsung majlisnya?” tanya saya.
“Kalau tak ada aral, insya-Allah lepas raya,” jawabnya sambil tersenyum. Kelihatan wajah yang dahulunya agak suram kini bertambah ceria.
Sahabat saya ini baik orangnya. Seorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi dan bagus amalan agamanya. Walaupun lama bertunang atas kehendak keluarga, namun begitu, ikatan tersebut dijaganya dengan baik berlandaskan syariat Islam.
Sebenarnya sudah lama beliau merancang untuk berumahtangga, tetapi ada sahaja halangan yang dihadapi. Halangan yang terbesar adalah daripada bakal ibu mertuanya sendiri. Pelbagai alasan diberikan sehinggalah beliau diminta untuk mencari jodoh yang lain. Akhirnya, tali pertunangan yang diikat terputus di tengah jalan. Bukan kehendak beliau memilih jalan sedemikian, tetapi itulah keputusan terbaik yang perlu dilakukan.
Hal begini juga pernah terjadi kepada beberapa orang teman yang lain. Ada yang sudah berkira-kira untuk mengaturkan tarikh perkahwinan, tetapi akhirnya ikatan pertunangan yang dijalin terputus di tengah jalan. Puncanya disebabkan oleh pasangan itu sendiri, ataupun hadirnya faktor ketiga, sama ada disebabkan oleh ahli keluarga mahupun teman rapat mereka.
Andainya berlaku perkara sebegini, ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilalui. Ramai orang yang ‘terbabas’ apabila dilanda masalah begini. Sesetengahnya terpaksa mengambil masa berbulan lamanya untuk mengubat kelukaan hati. Tidak kurang juga yang merasakan mereka telah hilang kebahagiaan sehingga terpaksa dibawa menghuni hospital bahagia.
Allah Makbulkan Doa
Seringkali kali kita memohon supaya Allah memberikan pasangan yang baik buat kita. Permohonan tersebut dilakukan melalui doa-doa yang dititipkan selepas solat mahupun di dalam solat istikharah. Bahkan apabila bersembang-sembang dengan ahli keluarga dan teman-teman, kita juga sering menyebut supaya Allah memberikan jodoh yang terbaik untuk diri kita.
Namun begitu, mengapa ketika ikatan pertunangan yang dijalinkan terputus, ramai yang mudah berputus asa? Sedangkan mungkin ‘putus’ ikatan tersebut bermakna makbulnya doa kita. Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya, tetapi kitalah yang seringkali menzalimi diri sendiri.
Adakalanya insan yang kita harapkan untuk menjadi pasangan kita bukanlah pasangan yang terbaik untuk kita. Meskipun kita bersusah-payah untuk memilikinya, namun terlepas jua.
Firman Allah SWT :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.”
(Surah al-Baqarah:ayat 216)
Cinta Hindustan Vs Redha Ibu Bapa
Ada yang terikut-ikut dengan adegan yang ditayangkan didalam filem Hindustan. Apabila ikatan cinta yang dibina dihalang oleh keluarga, ada yang memilih jalan pintas dengan memutuskan hubungan keluarga. Ada juga yang mengambil keputusan untuk bernikah di selatan Thailand. Bagi mereka cinta itulah segala-galanya.
Akhirnya rumah tangga yang dibina tidak mendapat restu daripada ibu bapa. Mungkin secara zahirnya nampak bahagia, tetapi secara batinnya mungkin tersiksa. Bahkan lebih menggerunkan sekirnya derita tersebut berlarutan sehingga ke akhir hayat kerana derhakakan kepada ibu bapa.
“Berkahwin” Dengan Ibu Bapa
Apabila kita mendirikan rumah tangga, kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan kita tetapi kita juga perlu “berkahwin” oleh ibu bapanya juga. Berkahwin dengan ibu bapa di sini bermaksud, sebagai seorang menantu kita juga perlu berada dihati disenangi oleh mereka.
Sekiranya kehadiran sejak awal-awal lagi tidak disenangi dan ditabur dengan cercaan nista, seeloknya perlulah mengundur diri. Andai sebelum berkahwin sudah menunjukkan taring, apatah lagi bila sudah berumah tangga.
Mungkin ada yang sanggup mengharungi cabaran ini dengan harapan ibu bapa pasangan tersebut terbuka hati selepas menerima kehadirannya selepas berkahwin. Harapan begini adakala berjaya, namun begitu adakala tidak.
Kata pepatah melayu, “Andai takut dilanda ombak, usah berumah ditepi pantai”. Andai rumah yang dibina utuh dan kuat, bila datang ombak dan badai mungkin diawalnya mampu untuk bertahan. Namun lama-kelamaan tidak mustahil hakisan akan berlaku sedikit-sedikit dan akhirnya rumah tersebut mungkin boleh roboh menyembah bumi sekiranya ombak yang datang bertambah kuat dan tidak berhenti-henti.
Rumah umpama perkahwinan yang dibina, manakala ombak umpama dugaan yang sedia menanti dan dimaklumi.
Kaca Digantikan Permata
“Maha Penyayangnya Allah kepada kita,” luah salah seorang teman yang sudah berkahwin.
Menurutnya, isteri yang dikahwininya kini jauh lebih baik daripada tunangnya dahulu. Baik dari sudut pakaiannya mahupun dari sudut budi pekertinya. Bahkan ibu dan bapa mertuanya turut menyayanginya. Bahkan dalam masa terdekat mereka sekeluarga akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah bersama atas tajaan ibu dan bapa mertuanya.
Inilah yang dikatakan rahmat Allah kepada kita. Andainya suatu ketika, hati kita pernah hancur bagaikan kaca yang dibaling batu, tanpa disedari, Allah telah menyediakan permata berharga untuk kita.
Allah tidak pernah mengecewakan hamba-Nya, bahkan Allah selalu memberikan rahmat kepada hamba-hamba-Nya. Rahmat yang terlalu banyak ini selalunya jarang disedari dan disyukuri.
Cinta kepada manusia itu tidak ke mana, tetapi cinta Allah itulah yang hakiki. Andainya kita merasakan kebahagiaan dalam hidup ini datangnya daripada cinta kita kepada manusia semata-mata, maka pada akhirnya kita akan kecewa.
salam en faisal
semoga Allah taala memberikan taufiq dan hidayah kepada mereka yang tergolong dalam golongan yang menderhaka kepada ibubapa…. amin…
satu entri yg cukup bermakna untuk saya..sungguh tepat entri ini dengan kehidupan saya sekarang.putus tunang..memberi sinar untuk saya tidak bersedih lagi dengan ujian tersebut.saya terima ketentuan ALLAH dengan redha..apa yg terjadi pasti ada hikmahnya.ALLAH nak bagi yang terbaik lg untuk saya..insyaAllah.syukran atas perkongsian en faisal
saya juga turut mengalami keadaan yang sama..mungkin dia bukan yang ditentukan untuk kita..moga allah akan memberi yang sepadan dengan apa yang ada pada kita…dua tahun menilai kekurangan diri..alhamdililah sekarang lebih yakin untuk melangkah
Fitrah manusia memang begitu.Ujian yang melibatkan emosi dan perasaan amat sukar diterima.Lebih-lebih lagi melibatkan cinta dan kasih sayang.Saya juga kadang hanyut dan terleka dibuai perasaan. Kita hanya menginginkan yang indah-indah belaka seolah-olah dunia ini milik kita.Bila terjadi sesuatu yang diluar jangkaan kita,tangisan dan kepiluan mula menjadi teman kehidupan.Dikala ini, baru kita tersedar kita sekadar melakar tetapi yang merencana adalah Allah Yang Maha Agung.Pujuklah hati dengan berbaik sangka pada Allah.
menitis air mata sy mbaca entri ini…… pada hari ini, sidia bertunang dgn org lain, setelah 2 tahun sy menanti. syukur, allah telah memujuk kesedihan sy dgn menjumpai entri ini.
Asssalamualaikum..sbnarnya bukan cik nilda shja yg mengalaminya… bahkan saya juga. dan semakin ramai yg Allah temukan sy dengan org2 yg senasib dgn kita. bukan itu sja, malah ada yg lebih teruk dari kita cik nilda.. Insyaallah, yang lebih baik sedang menanti kita dihadapan sana. Kerana setiap yg tamat itu merupakan satu permulaan yang baru untuk kita. Permulaan untuk menjadi lebih baik, dan juga untuk mendapat yg lebih baik : )
Assalamualaikum, nak tanya pendapat. Apa perlu saya buat sekiranya suami sms tidak mahu berjumpa dgn sy lagi. Sy dan suami mmg berjauhan sejak dr bercinta. Disbbkan sy buat kesilapan yg ke2, suami sy tak angkat call, tetiba msg bagitau x nak jumpa sy dan tak suruh sy berckp dgn familinya. Sy bnr2 insaf. Apa perlu sy buat sekarang? Adakah sy perlu berjumpa dgn suami sy? Perlukah sy menjwb msg yg suami sy berikan. Sy serba salah skrg. Sy baru beberapa bulan berkahwin. Byk yg perlu sy pelajari. Malangnya kami berjauhan. Boleh bg nasihat tak ttg perkara ni? Suami sy pernah berkahwin, dia kata pernah hadapi perkara ini semasa perkahwinan pertama, sdgkn sy baru nak menyesuaikan diri. Seolah2 sy jd mangsa keadaan sejarah lama. Apa perlu sy buat?
assalamualaikum ustaz…kesedihan yang tidak mampu saya hindari… 2 tahun perkenalan dan hampir untuk mengikat tali pertunangan, tp saya ditinggalkan selepas sehari kata diikat.. sedih, malu semua bercampur.. si dia hilang selepas bertemu insan yang lagi baik dari saya..2 tahun saya mencari mana salah dan kekurangan saya, sehinggalah saya tersedar yang saya masih ada keluarga yang masih mengharapkan senyuman saya..hari ini saya bangkit untuk melupakan hari sedih saya..semoga entri ini memberi sedikit sebanyak panduan untuk menjadi muslimah yang lebih kuat..doakan kebahagian saya ustaz..
kadang kita akan jadi lebih baik ketika kita menemukan inspirasi yang membukan hati kita..:)