Antara Dua Jalan Menjadi Pemimpin

Hampir empat bulan blog ini ditinggalkan tanpa dinukilkan sebarang makalah. Hari-hari yang berlalu agak padat menyebabkan blog ini tidak terisi. Bukan menyalahkan masa, tetapi menyalahkan diri sendiri yang tidak bijak untuk mencuri ruang untuk menulis. Beberapa orang pengunjung setia blog ini ada juga memberi teguran, tetapi hanya ucapan maaf yang mampu untuk diucapkan. Masih segar nasihat guru saya, Ustaz Pahrol semasa mula-mula menulis di blog baru ini, pesannya “Ustaz Faisal, menulis ini menajamkan otak kita dan mengajar kita untuk lebih berdisiplin.” “Ini baru menulis blog, belum menulis buku lagi,” getus hati kecil saya.

Menjalani hidup sehari-hari, tanpa disedari masa sangat cepat berlalu. Bergegas-gegas ke pejabat, sebelah malamnya mengisi ruang dengan ceramah ataupun mesyuarat. Manakala hujung minggu meraikan isteri yang pulang dari Pulau Pinang dan kelas master. Kepadatan jadual yang dirasai sejak pulang menetap di Kedah masih belum berhenti. Al-wajibat aksaru minal awqat.

Di celah-celah kesibukan ini, sempena hari lahir pada tahun ini, saya dihadiahkan dengan satu berita baru daripada doktor. Selepas menjalani pemeriksaan profil kesihatan, jantung saya disyaki mengalami sedikit komplikasi. Berkemungkinan salurannya tersumbat kerana pernafasan saya tidak normal.

Insya-Allah, kali ini saya akan cuba untuk mempersembahkan sebuah artikel buat teman-teman yang sering mengunjungi blog ini.Walaupun agak pendek, diharapkan ianya bermakna.

——————————————————————————————————————–

“Awak mesti ikut arahan. Saya bos,” ujar seorang ketua kepada anak-anak buahnya pada suatu hari.

“Kami juga berhak untuk memberi cadangan, bukan menerima arahan bulat-bulat,” balas salah seorang daripada anak buah tersebut.

Ketua tersebut berlalu dengan wajah merah padam. Mulut terkumat-kamit berkata sesuatu tetapi tidak didengari.

Inilah realiti di dalam dunia berorganisasi. Terdapat segelintir orang atasan yang menjadi ketua sukar mendengar kehendak anak buahnya. Bermula daripada organisasi yang kecil iaitu keluarga, sehinggalah di peringkat persatuan, jabatan, negeri mahupun di peringkat pemerintahan negara. Sikap buruk begini sememangnya wujud.

Firaun dikurniakan pangkat sebagai seorang raja, akhirnya dengan pangkat tersebut dia mengakui dirinya sebagai tuhan. Abu Jahal dikurniakan pangkat dalam kalangan masyarakat Quraisy, akhirnya kerana sayangkan pangkat, dirinya mati dalam keadaan kufur kepada Allah SWT.

Tetapi bukan semua insan yang menerima pangkat menjadi begitu. Nabi Sulaiman AS, dikurniakan oleh Allah SWT sebuah kerajaan yang besar. Tetapi dengan kerajaan tersebut, baginda mendekatkan diri kepada Allah SWT. Baginda Rasulullah SAW dikurniakan oleh Allah SWT dengan pelbagai jawatan, tetapi pada masa yang sama, bagindalah pemimpin yang paling baik dengan anak buahnya. Akhlak baginda sebagai seorang pemimpin tiada tandingannya.

Di hadapan kita terbentang dua jalan apabila diberikan pangkat. Jalan pertama, bertambah buruk akhlaknya lantaran mewarisi sikap Firaun dan Abu Jahal. Jalan kedua, bertambah baik akhlaknya kerana mengadaptasi akhlak Baginda Rasulullah SAW di dalam kehidupan sehariannya sebagai seorang pemimpin. Andai kita terpilih untuk mendapat jawatan, dimanakah letaknya kita? Marilah sama-sama kita bermuhasabah. Jawatan hanyalah pinjaman di dunia yang hanya bersifat sementara. Jangan hanya dipuja ketika berpangkat, tetapi dikeji apabila sudah tiada. Renungkanlah…

Felda Bukit Tangga

11 Malam

16 Julai 2011

 

This entry was posted in Organisasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s