Kejayaan Adalah Suatu Pengembaraan

Gambar sekadar hiasan


Sambil berehat saya merenung ke dalam diri. Umur makin menginjak dewasa. Tahun ini hamper genap 25 tahun saya melata diatas muka bumi Allah ini. 300 bulan lamanya, dan kira-kira 9125 hari. Selama 219,000 jam masa yang dihabiskan bersamaan 13,140,000  minit dan 788’400’00 saat. Inilah sunatullah yang berlaku ke atas sesiapa sahaja. Makin hari, makin bertambah umur. Makin hari, makin dekat diri untuk berpindah daripada alam dunia ke alam yang kekal selamanya.

Sekiranya dikira masa daripada titik permulaan saya memulakan pengembaraan hidup, terlalu sukar untuk saya menentukannya. Ini kerana ketika di alam roh sebelum datang ke dunia entah berapa lama kita singgah di sana. Kemudian berpindah ke alam rahim selama sembilan bulan dan dilahirkan ke dunia.

Meniti setiap kembara ini memerlukan kepada kejayaan. Bermula daripada alam roh menuju ke alam rahim, hanya insan yang berjaya sahaja mampu sampai ke destinasi untuk disenyawakan. Kemudiannya, berehat sebentar di alam rahim untuk mempersiapkan diri sebelum menerjah ke alam dunia.

Apabila berada di alam dunia ini, manusia sering berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan. Kalimah “Hayya Ala Falah” yang bermaksud marilah menuju ke arah kejayaan yang dilaungkan sejak hari kelahiran memberi satu semangat untuk kita berjaya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Seolah hati tidak puas sehinggalah mencapai kejayaan yang tertinggi dalam hidup.

Kejayaan adalah suatu pengembaraan

Kejayaan adalah suatu pengembaraan, bukannya destinasi. Sucsess is a journey, not a destination. Ini kerana di dalam setiap fasa pengembaraan kita perlukan kepada kejayaan. Mungkin ada yang mengatakan apabila seseorang itu berada dia sudah mencapai hasrat yang ditujuinya. Tetapi ternyata ianya adalah salah sama sekali.

Seorang yang berjaya di dalam bidang perniagaan, belum tentu dia akan berjaya selama-lamanya.Ada ahli perniagaan yang kaya raya, akhirnya menjadi papa kedana apabila kemelesetan ekonomi berlaku. Ada juga yang sudah berjaya ditahap yang tertinggi dalam kariernya, tetapi akhirnya jatuh terjelepuk di dalam penjara akibat salah laku rasuah yang dilakukannya.

Bahkan Firaun yang telah berjaya membina sebuah tamadun yang hebat, akhirnya tersungkur dengan kuasa Allah SWT. Malah peninggalannya seperti piramid dan spinx masih kekal sehingga kini untuk menjadi peringatan buat orang yang masih melata diatas muka bumi.

 

Harta bukan ukuran kejayaan

Untuk berjaya di alam akhirat ini, kita perlu berjaya di dalam kembara sebelumnya. Semasa mengembara di alam dunia. Berjaya di alam dunia bukan ditentukan oleh darjat, harta dan pangkat yang di miliki oleh seseorang itu. Begitu juga dengan kegagalan. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Fajr ayat 15 dan 16 :

15 Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: “Tuhanku Telah memuliakanku”. 16. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rizkinya Maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”. 17.Sekali-kali tidak (demikian), Sebenarnya kamu tidak memuliakan anak Yatim.

Orang yang menterjemahkan kejayaan dan kegagalan itu berdasarkan harta yang dikumpulnya, kenyataan mereka ini ditempelak oleh Allah SWT. Orang yang kaya, tetapi mereka tidak menunaikan hak-hak yang sepatutnya ditunaikan mereka bukanlah dianggap berjaya.

Erti kejayaan sebenar di dunia

Berjaya yang sebenarnya adalah manusia yang beriman kepada Allah dan hati mereka sentiasa redha dan syukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya. Oleh kerana itu, Imam Said Hawwa di dalam bukunya Tazkiyatul Nafs meletakkan darjat orang orang yang bersyukur ini ditempat yang teratas.

Peringkat yang pertama adalah maqam Iman, keduanya maqam islam, maqam ihsan, keempat maqam taqwa dan yang kelimanya adalah maqam as-syukr (Syukur). Ini kerana menurut Imam Said Hawwa, banyak ayat di dalam al-Quran yang menceritakan berkenaan sedikit dalam kalangan manusia yang bersyukur kepada Allah SWT.

Untuk mencapai darjat syukur ini bukannya mudah. Perlu kepada latihan dan mujadah yang berterusan. Lidah sentiasa dibasahi dengan zikir, hati sentiasa dilembutkan dengan titisan air mata kerana mengingatkan Allah SWT.

Kejayaan hakiki di akhirat

Selepas berjaya di dalam siri kembara yang dilalui, nescaya kita akan berjaya apabila sampai di destinasi yang terakhir. Destinasi yang terakhir yang hendak kita tujui adalah titik penamat pengembaraan alam akhirat. Selepas  dihitung segala amalan yang kita lakukan, tibalah saatnya untuk menuju destinasi yang ditunggu-tunggu selama ini.

Dalam keadaan yang amat menggembirakan, insan-insan yang berjaya ini akan dipanggil oleh Allah SWT untuk memasuki syurga yang membuatkan kita terpana buat seketika. Lupa perit jerih kehidupan didunia apabila mendapat sedikit nikmat syurga di alam akhirat. Firman Allah SWTdi dalam surah al-Fajr ayat 27-28:

27.Hai jiwa yang tenang. 28.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. 29.Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku. 30.Masuklah ke dalam syurga-Ku.

Pandulah pengembaraan kita dengan baik, semoga kita akan sampai ke destinasi yang dituju. Hanya orang berjaya dalam pengembaraannya akan berjaya tiba ke destinasi. Tetapi bagi yang gagal semasa pengembaraan ni, mereka akan terus tersesat sehingga tiba di destinasi yang salah. Berfikirlah secara waras, anda berhak memilih.

 

This entry was posted in Motivasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s