Nama: Mohd Faisal Bin Mustaffa
Penulis dilahirkan di Kampung Sungai Dua, Alor Janggus, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Menetap di Felda Bukit Tangga, Changlun, Kedah. Telah mendirikan rumahtangga dengan Juwairiah Binti Md Jamil yang kini berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam di Pulau Pinang.
Mendapat pendidikan awal di SK Felda Bukit Tangga, kemudiannya meneruskan pendidikan menengah di SMK Agama Kedah dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Seterusnya melanjutkan pengajian di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam jurusan Syariah dan Undang-undang. Selain itu, penulis sempat menghabiskan masa setahun menuntut ilmu perubatan Islam bersama dengan Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din di Pusat Perubatan Islam Darus Syifa dan diijazahkan pada bulan Disember 2009. Kini menyambung pengajian dalam Sarjana Sains Kaunseling di Universiti Utara Malaysia.
Pernah berkhidmat di Universiti Utara Malaysia sebagai Pegawai Tadbir (Mei 2010- Januari 2012). Kini merupakan Ketua Bahagian Sumber Manusia di Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
Email: tintahikmahku@gmail.com






x sangka rupanya abg faisal ex-smkak…..
dunia ni kecik je kan..kami pon penah study kat situ….
lupa nk knlkn diri,kami student sains kubang pasu..:)
wassalamualaikum
Oic..Keluar ke SMS Sains ya. Hehe
saya pulak ex-smkas……salam ukhwah
Saya, insan kerdil di Sg. Dua, Felda Bukit Tangga pula menjadi tempat persinggahan tetap dan tak dapat lari dari lalu lalang di UUM. Salam ukhwah. Saya sentiasa mengikuti ustaz. Selamat Maju Jaya.
Wassalam